Badan Bukan Kerajaan Azwanddin_Hamzah

Hubungan Serantau

Sebagai ahli Lembaga Yayasan Generasi Amanah Indonesia, Dato' Azwanddin berjaya mempromosikan kerjasama antara negara-negara ASEAN seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina menerusi aktiviti-aktiviti kebajikan dan ekonomi. Beliau juga mempunyai minat yang mendalam dalam industri kesenian terutamanya seni kebudayaan Melayu menerusi penglibatannya sebagai Timbalan Pengerusi Yayasan Nusantara[13][14].

Pendirian Dalam Isu Anti Rasuah

Menerusi penglibatannya dalam pelbagai industri, Dato' Azwanddin merupakan seorang individu yang berpegang teguh kepada prinsip amanah, jujur dan integriti yang tinggi. Sehubungan dengan itu, beliau sangat lantang menyuarakan pandangan terhadap isu rasuah di Malaysia

Beliau merupakan bekas ahli Lembaga Pengarah Gerakan Anti-Rasuah (GERAK Malaysia) yang merupakan salah satu entiti sahabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Kini, Dato' Azwanddin merasakan bahawa usahanya adalah lebih baik disalurkan menerusi posisinya sebagai Pengerusi MyAduan Rasuah JMM[15] yang telah dirasmikan oleh Tan Sri Dzulkifli Ahmad (Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia)[16].

Jaringan Melayu Malaysia|Jaringan Melayu Malaysia (JMM)

Jaringan Melayu Malaysia merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang bertujuan untuk mempromosikan keharmonian dan perpaduan kaum dengan menegakkan hak-hak Melayu atau Bumiputra disamping menegakkan hak-hak bangsa lain. Khususnya, JMM menolak unsur-unsur luar yang boleh mengganggu gugat keharmonian dan perpaduan kaum. JMM juga bertujuan untuk mempromosikan integriti pemimpin-pemimpin negara dalam menguruskan aset-aset negara.

Sebelum penglibatan Dato' Azwanddin, JMM mempunyai kesukaran untuk mencari hala tuju, sama ada dalam bidang politik atau sosio-ekonomi. Namun begitu, atas usaha Dato' Azwanddin untuk menaikkan JMM terserlah apabila JMM dibawah pentadbirannya telah begitu lantang mengenai isu-isu rasuah.[17]

Pada tahun 2011, JMM menerima perhatian media dan masyrakat apabila menentang isu-isu LGBTQ[18][19]. Sebagai seorang beragama Islam, dan menerusi posisinya sebagai Presiden JMM, Dato' Azwanddin menyuarakan kebimbangannya mengenai pengaruh LGBT dalam kalangan belia dan peningkatan kes-kes HIV dalam kalangan komuniti ini serta kerutuhan rumah tangga disebabkan isu-isu ini[20]. Sudah tentu isu-isu ini menjadi kontroversi terutama dalam kalangan generasi Malaysia sekarang dan pandangan global yang liberal mengenai isu terbabit[21].

Cerebral Palsy

Isu penyakit cerebral palsy merupakan isu yang sangat dekat dihati Dato' Azwanddin disebabkan oleh salah seorang anaknya menghidap penyakit berkenaan[22]. Beliau memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi menerusi penglibatannya sebagai salah seorang ahli Kumpulan Sokongan Keluarga Cerebral Palsy di Hospital Kuala Lumpur[22].

Pemerkasaan Belia

Dato Azwanddin percaya bahawa belia merupakan aset Malaysia yang terpenting. Pada tahun 2017, beliau menjadi Penaung kepada Rojak United iaitu satu badan perhubungan sukarelawan belia yang berfokus kepada kajian data dan penglibatan mereka dalam isu-isu tempatan.